Tayangan Video Peristiwa Memali 1985

Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan rakaman video yang diambil dari pita polis operasi tersebut dan menyiarkannya ketika waktu perdana televisyen pada siaran RTM1, stesen televisyen utama kerajaan.[11][12][13] Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang, lastik dan koktel molotov (bom petrol) memprotes dan menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap anggota polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan. Video itu turut menunjukkan seorang polis berpangkat sarjan yang cedera parah merungut kesakitan ketika menunggu bantuan. Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga beberapa orang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya. Kanak-kanak dan wanita turut dijadikan benteng hadapan menghalang pihak polis yang bertindak.

Walau bagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.

Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.

Walau bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.

Rujukan

WikiPedia: Peristiwa Memali 1985 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cadangan... http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/201... http://peceq.blogspot.com/2014/04/4556-kertas-peri... http://syuhada-melayu.blogspot.com http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... //scholar.google.com/scholar?q=%22Peristiwa+Memali... //www.google.com/search?&q=%22Peristiwa+Memali+198... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Peris... //www.google.com/search?q=%22Peristiwa+Memali+1985... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Peristiwa+M...